Cakap-Cakap SN


"Nothing is imposssible. Anything can happen as long as we believe.

Every successful person must have a failure. Do not be afraid to fail because failure is a part of success.

Never give up, fix mistakes and keep stepping."

Monday, November 3, 2014

Death College (Bab 4)



Bab 4

Danisya melangkah laju mencari Mia. Selepas ini, dia perlu menolong yang lain untuk menyediakan sarapan pagi pada hari itu. Matanya meliar mencari kelibat Mia. Tetapi hanya kelibat Tengku Zeffron sahaja yang kelihatan.

         "Zeff!" Panggil Danisya. Tengku Zeffron berpaling ke arah suara itu.

         "Ada apa?" Danisya mendekatinya.

         "Kalau kau jumpa Mia, kau tampal plaster ini dekat dahi Mia. Tadi aku suruh dia tunggu di depan bilik sakit, bila keluar sahaja dia sudah hilang. Cepat tahu! Balutan semalam sudah dibuka. Nanti dijangkiti kuman pula," arah Danisya penuh kerisauan. Memang sahabat sejati. 

         "Okey," Tengku Zeffron mencari Mia. Mungkin di berada di perpustakaan. Desisnya. Kaki melangkah menuju ke arah pusat sumber. Hah! Itu pun dia!

         "Mia!" Panggilnya. Mia menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke arah empunya suara itu. Tengku Zeffron sudah bersiap sedia dengan plaster di tangan. Dia membuka pembalut kertas yang terdapat pada plaster itu.

           Kemudian, dia terus menampal di dahi Mia. Tergamam Mia dibuatnya. Jantung, boleh tidak kalau jangan berdegup mengalahkan orang lari marathon? Bila dengan dia, mesti datang. Tidak bolehkah kalau perasaan ini datang pada orang lain. 

            "Kenapa lari tadi? Danisya sudah pesan suruh tunggu dia. Kasihan dia cari Mia macam ibu yang kehilangan anak!" Tengku Zeffron tersengih apabila mengingati wajah Danisya yang kerisauan itu. Berkerut Dan berpeluh-peluh. Hai Danisya, bilalah sifat caring kau yang overdose itu mahu hilang?

          Mia terdiam. Kenapa dia tak tunggu Danisya ya tadi? Oh ya! Sebab lelaki semalam itu! Siapa nama dia? Iz? Err...whatever! Tidak pernah kenal dan tidak pernah tahu. Titik! 

           "Ingat Mia ini budak kecil ke nak lari? Tadi nampak kucing. Comel sangat! Selepas itu, Mia ikutlah kucing itu. Sedar-sedar sudah berada di sini." Alasan paling 'super' pernah aku buat.

            "Kucing? Kenapa tak ajak Zeff sekali?" 

            Padan betul dua orang ini, berkawan. Sama-sama kebudak-budakkan. Bukan berkawan sahaja, kahwin pun rasanya macam pinang yang terbelah-belah! 

            Mia buat muka tidak percaya sebelum menghamburkan ketawa. Ada-ada sahajalah.

^-^-^-^-^

Semua peserta perkhemahan berkumpul dan menghadap ketua mereka. Muka Tengku Zefron serious. Danisya menyilang tangan ke dada. Mia, seperti biasa. Senyuman sentiasa berada di bibir. Semua senyap menanti arahan seterusnya dari Tengku Zeffron. Tengku Zeffron melangkah ke hadapan.

           "Semalam, cermin kaca di bilik koperasi telah dipecahkan dengan sengaja oleh seseorang menggunakan batu." Tengku Zeffron menunjukkan seketul batu sebesar gengaman dia. Kemudian dia menghulurkan batu tersebut kepada Mia di sebelahnya.
   
            "Di batu tersebut terikat sehelai kertas. Saya mahu semua orang tolong saya selesaikan teka-teki yang tertulis." Tengku Zeffron membuka lipatan kertas tersebut.

            'TERLETAK DI BAWAH BUMI'

            "Apa maksud dia?" Tanya Cindy.

            "Solehah, itulah apa yang kita perlu fikir sekarang. Saya tanya, awak tanya saya balik. Kalau saya tahu apa maksudnya, buat apa saya tanya, Cik Solehah oi," Tengku Zeffron memandang Cindy.

           "Zeff! Don't call me Solehah! Call me Cindy. If you want, call me sayang." Cindy dah mula nak menggatal. Dia memandang lelaki pujaan hatinya itu. Walaupun selalu panggil nama sebenar dia, tapi dia sebenarnya tak kisah sangat. Suka adalah. Terasa diri ini begitu istimewa.

         "What? Solehah kan nama awak? Err...sayang? Please! Kalau Mia layaklah juga. Ini awak yang perasan minah salih celup? Huh! Sungguhlah tidak sesuai!" Tengku Zeffron tersenyum sinis.

         "Zeff! How dare you?!" Marah Cindy.

         Danisya menggeleng kepala. Bergaduh mengalahkan aku!

        "Hoi! Kalau nak gaduh bukan sekaranglah! Cepat fikir!" Tegur Zack.

        Mia mengerahkan otaknya. Bawah bumi. Bumi.

       "Bawah tanah ke?" Tanya Aqilah.

       "Kalau bawah tanah, adakah dimaksudkan dengan bilik bawah tanah atau tertanam?" Amir mempertikaikan.

       "Dekat sini ada bilik bawah tanah ke?" Soal Hakeem pula.

       "Tak logik kalau klu seterusnya tertanam dalam tanah. Yalah, kawasan ini luas!" Kata Nisya pula.

        Tengku Zeffron hanya menjadi pendengar. Dia memikirkan balik apa yang rakan-rakannya katakan itu.

        "Bilik bawah tanah? Tak mungkin. Nenda tak pernah cakap pun pasal bilik bawah tanah dekat saya. Macam yang Nisya cakap tadi, memang tak logik kalau ia tertanam. Apa pula pendapat kau, Farriel?" Tengku Zeffron memandang Nik Farriel. Budak itu pandai, walaupun BI dia berterabur.

        "Still thinking." Dia meletakkan tangannya di dagu. Persis sungguh dengan gaya Conan Edogawa!

        Mia pun berusaha memikirkan apa makna teka-teki itu. Bumi. Bawah dan bumi. Fikiran Mia terbayangkan Bumi yang sedang berputar dan di bawahnya ada klu seterusnya. Tak akanlah nak korek tanah? Sebelum tahun akan datang pun belum tentu habis! Tak akan nak naik roket pergi angkasa, betul-betul bawah. Ahhh...Mia. Kau banyak mengarut dari berfikir. Bumi...Bumi...

          "Got it!" Semua mata tertumpu kepada Mia.

          "What it is?"

          "It's globe!"

          "Globe?" Mereka semua berkata serentak.

          "Apa kau mengarut ni, Mia?" Tanya Cindy sinis. Dia mana mungkin akan menyokong Mia. Baginya, apa yang Mia katakan, semuanya salah.

          "Ya ! Glob. Glob kan persis Bumi. Kalau tekaan Mia tepat, mungkin klu seterusnya berada di bawah tapak glob." Terangnya.

         "Betul itu!"

          "Tapi glob dekat mana?" Tanya Fifi

          "Lagipun banyak juga glob dekat kolej ini!" 

          "Paling besar, dekat dewan. Dalam library pun ada satu. Dalam lab pun ada." Zack berkata.

            "Kita pergi lab sekarang!" Arah Tengku Zeffron. Kesemua peserta berlari menuju ke arah makmal sain yang berada di tingkat atas. 

             

           

 

     
       

           

No comments: