"Hai, Mia," tegur seseorang.
"Hai...," Mia berpaling. Kelihatan seorang lelaki berbaju merah. "Salah seorang perserta perkhemahan juga ke?" Soal Mia.
"Yes! Mia tunggu orang ke?"
"Aah...tunggu Danisya."
"Mia tak kenal Iz ke?" Tanya lelaki untuk meminta kepastian.
"Iz? Iz mana ya? Tak kenallah, sorry," Mia memandang pelik lelaki itu.
"Iz... Muiz Hanafi. It's me? Don't you remember me? Your best friend!"
"Iz...Muiz?" Mia terdiam. Muiz? Mia melihat muka lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Muiz itu. Memang betul! Dialah orangnya! Mia mengawal perasaannya. Kenapa dia muncul sekarang?!
"Don't stare at me like that! You make me nervous! "
"Sorry... Mia tak ingat pula yang Mia pernah ada kawan nama Muiz." Mia hanya memberikan senyuman.
"But..."
"Mia...?"
Zeff! Nasib baik dia muncul sekarang! Tepat pada waktunya. Dapat aku larikan diri dari Muiz ini.
"Zeff!" Mia tersenyum. Dia melangkah ke arah Tengku Zeffrfon. Tengku Zeffron memandang lelaki di belakang Mia itu. Macam pernah ku lihat lelaki itu. Tapi di mana ya?
"Tinggal lima minit sebelum semua kena tidur. Mia mesti tunggu Si vampire itu kan?" Tekanya.
"Hah! Mengumpat!" Kata Danisya tiba-tiba. Dia sedang mengelap tangannya dengan tisu.
"Mana ada mengumpat! Aku panggil kau vampire je!" Balas Tengku Zeffron.
"Mengumpatlah tu!" Danisya menjelir lidah.
"Er...Mia, Zeffron, saya pergi dewan dululah." Celah Muiz. Dia segera meninggalkan tempat itu.
"Siapa tu?" Tanya Danisya.
"Entah...," jawab Mia selamba. Lalu, beredar dari situ.
Tengku Zeffron dan Danisya berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mengangkat bahu.
Kenapa kau mesti muncul sekarang? Selepas enam tahun tak bertemu. Aku dah padam nama kau dalam ingatan aku. Aku tak kenal kau pun. Sungguh! Mia mengigit bibir. Mahu sahaja dia menjerit sekarang ini.
"Hate you, Muiz..." kata Mia dalam tidurnya.
Danisya di sebelah terdengar. Siapa Muiz? Kali pertama dengar Mia cakap benci seseorang. Mia yang aku kenal jenis yang suka senyum, baik, sentiasa berfikir positif, bertuturan lembut dan friendly, semua orang dia berkawan. Ada kaitan ke dengan lelaki tadi?
Trengggg...!!!
Terkejut Danisya. Dia segera bangun. Kelihatan yang lain tidak sedar dengan bunyi kuat itu. Dia pun melangkah ke pintu. Nak buka ke tidak? Buka ke tak? Buka jelah! Danisya membuka pintu PS itu. Dia pun melangkah keluar.
"Serpihan kaca pecah? Itu kan dekat koperasi?" Danisya berlari ke arah koperasi. Cermin tingkap koperasi itu pecah seperti ada orang yang sengaja memecahkannya!
"Bunyi apa tadi?"
" Oh mak kau!" Melatah Danisya. Dia berpaling. Zeff! Danisya menjeling ke arah Tengku Zeffron sebelum menghadiahkan penampar di bahu sahabatnya itu.
"Aduh!"
"Padan muka! Nasib aku tak ada penyakit jantung! Lain kali bagilah salam dahulu!" Marah Danisya. Dia mengurut dada.
"Sebab aku tahu kau tak ada penyakit jantung lah aku buat macam itu. Macam mana cermin ini boleh pecah?"
"Tengok. Ada batu dekat dalam koperasi. Aku rasa batu itulah yang digunakan untuk memecahkan cermin tingkap. Ada sesuatu yang terikat di batu itu. Kita kena masuk tengok apa bendanya tu." Ujar Nik Farriel yang datang bersama Tengku Zeffron tadi.
"Tapi pintu berkunci. Kita kena ambil kunci dekat laci meja Dr. Munirah di pejabat terlebih dahulu." Kata Tengku Zeffron
"Tak bolehkah kalau kita robohkan sahaja pintu ini? Cepat sikit! Kalau kita pergi ke pejabat ambil masa dalam 10 minit sebab jauh dari sini." Cadang Danisya.
"Siapa yang kena rempuh?"
"Kaulah!"
"Memang taklah! Sakit badan aku nanti!"
"Kau kan lelaki, mestilah kena kuat!"
"Siapa yang bayar nanti? Nenda aku juga tau! Membazir sahaja!"
"Keluarga kau kaya. Tujuh keturunan belum tentu lagi habis harta kau tu! "
"Kalau kau nak..."
"Stop it! Korang ni asyik gaduh je! Sekarang, nak tak nak, kita ke pejabat sekarang!" Arah Nik Farriel. Tak tahan dengan telatah sahabatnya yang macam anjing dengan kucing tu.
Sementara itu, Mia tersedar dari tidurnya. Dia mendapati bahawa Danisya tidak berada di sebelahnya. Tak kan keluar masa ni kut? Mia menggaru kepala. Kemudiannya, dia bangun dan keluar dari pusat sumber itu. Mia menoleh ke kiri. Terkejut besar dia apabila melihat ada serpihan kaca yang bertaburan di lantai.
"Apa yang terjadi sebenarnya?"

No comments:
Post a Comment