Cakap-Cakap SN


"Nothing is imposssible. Anything can happen as long as we believe.

Every successful person must have a failure. Do not be afraid to fail because failure is a part of success.

Never give up, fix mistakes and keep stepping."

Saturday, November 1, 2014

Death College (Bab 2)



Bab 2

"Mia... sedarlah. Zeff minta maaf sangat-sangat! Zeff tak jaga Mia. Zeff dah mungkir janji dengan abang Mir. Mia... Zeff sayang Mia. Zeff tak sanggup kehilangan Mia. Please...wake up," tangis Tengku Zeffron. Dia memandang Mia yang sedang terlantar. Lukanya sudah dibalut.

      "Betul ke Zeff sayang Mia?" Mia membuka matanya memandang ke arah Tengku Zeffron. Kemudiannya, dia bangun dari baringan.

       "Mia! " Tengku Zeffron lantas memeluk Mia dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan. Mia tergamam. Buat seketika hanya terdengar suara tangisan Tengku Zeffron.

        "I'm really sorry, Mia."

       "Err...Zeff?" Mia cuba menolak badan Tengku Zeffron namun tak terdaya. Kuat sangat pelukkan dia!
        "Tengku Zeffron! Bukan muhrimlah!" Jeritnya dalam senyuman.

        Barulah Tengku Zeffron sedar. Dia segera melepaskan pelukkannya.

        "Err.. sorry again. "

        "You're blushing, " usik Mia.

        "No. I'm not," nafi Tengku Zeffron.

        "Elelehh... tak mengaku pula dia." Mia sakan mengusik.

         Tengku Zeffron hanya menggeleng kepalanya.

         "Betul Zeff sayang Mia?" Mia mula serius.

         Tengku Zeffron memandang tepat ke arah anak mata Mia. "Mestilah sayang! Mia kan sahabat Zeff!" Tengku Zeffron tersenyum.

        "Jomlah.. kita makan. Zeff tak makan lagi tau! Tunggu tuan puteri sedar tadi. "

       "Okey jom! " Mia membalas senyuman sahabatnya itu. Kenapa hati aku tak terima jawapan dia tadi?

^-^-^-^-^
"Alaaa... Sya. Sorrylah. Tadi kepala aku tengah berserabut gila. Yalah.. kau sendiri pun tahu kenapa. Sorrylah.. "Tengku Zeffron tak habis habis dengan maafnya.

        "Huh! Minta maaf, lepas itu buat lagi pun tak guna! "

        "Aku tak buat lagi! Minta maaflah... benda yang lepas tak usah dikenang!"

        "Banyaklah kau! Kalau setakat hal remeh tak apa tau. Ini melibatkan nyawa sahabat aku tau! "

       "Ala ..aku tahu kau tak akan marah lama-lama. Kau pun sama macam Mia."

        "Mia lain. Aku lain! "

        "Apa yang lain? Dua-dua aku sayang." Tengku Zeffron tersengih. Danisya memanjangkan muncungnya.

        "Tapi sayang aku dekat Mia up sikitlah, " sambung Tengku Zeffron.

        Mia menggeleng kepala melihat telatah sahabatnya itu. "Sya... maafkanlah Zeff ya? Kan aku pernah cakap, orang yang memaafkan lebih mulia dari orang yang minta maaf. Lagipun kitakan sahabat selamanya!"

        Danisya memandang Tengku Zeffron. Mahu maafkan atau tidak ya? Kenakan dia dululah! Seronok sikit!  

        "Zeff, sekali dah buat macam itu, tak mustahil akan berlaku lagi. Kau sepatutnya bertanggungjawab menjaga kami semua. Kau tak boleh ikutkan serabut kau dengan situasi kita sekarang!  Kau tak fikir ke siapa yang akan menjadi mangsa? Itu baru Mia, selepas ini siapa pula yang kena tempias kau?"

            "Aku tahu ini semua salah aku. Aku tak laksanakan tugas aku dengan baik. Aku abaikan Mia. Aku... aku tebus balik kesalahan aku. Lagipun, aku dah janji dengan abang Mir yang aku akan jaga Mia dengan baik. Aku akan tepati janji itu!"

             "Okey! Aku maafkan kau, mamat bengis!" Danisya menepuk bahu Tengku Zeffron.

             "Aik? Tadi punyalah bersyarahan dengan aku. Tup tup 'okay! Aku maafkan kau!' Macam itu je"

            "Plus sikit. Ayat aku ada kata 'mamat bengis ' di belakang ayat." Tengku Zeffron menjeling Danisya yang bermuka selamba itu. The only one yang panggil aku 'mamat bengis'.

            "Relax... aku saje je tadi. Bagi dramatic sikit! Eleh... macam kau tak kenal siapa aku! "

           "Dah habis dah kan?Jom bincang apa yang patut kita buat sekarang." Ajak Mia. 

^-^-^-^-^

"Saya minta maaf di atas kecuaian saya tadi. Saya janji akan lebih berhati-hati selepas ini. Baiklah, macam mana sekarang? Ada apa apa yang boleh kamu semua kongsi?"

          "Kami ada jumpa beberapa pek makanan segera di kafe. Cukup untuk kita semua dalam masa 3 hari." Amir dan ahlinya mengeluarkan beberapa pek mee segera dan makanan ringan dari beg masing-masing.

         "Bagus! Macam mana dengan air mineral?"

         Hakeem mengeluarkan 20 botol yang setiap satu berisi dua liter air. "Berat kalau saya bawa seorang. Jadi korang pun kena bawalah juga."

          "No problem!" Kata mereka semua serentak. Bekalan makanan dan minuman, tiada masalah. Cuma persoalannya sekarang ini, cukupkah hanya untuk masa tiga hari? Kalau seminggu terperangkap di sini macam mana?


          "Kumpulan kau macam mana?"

          "Ya, aku bercadang yang perempuan menginap di PS. Yang lelaki di dewan. Aku pilih dua tempat ini sebab dekat dengan tandas dan dewan dan PS hanyalah bersebelahan. Senang untuk berkumpul kalau terjadi apa-apa. Kau orang semua boleh guna sleeping beg yang kau orang bawa sebagai alas. Oh ya! Yang perempuan nanti, pandai-pandai kau oranglah nak atur tempat nanti. Meja semua susun ke tepi. Ada faham semua?" Terangnya panjang.

          "Faham!"

          "Brilliant idea! " Puji Mia.

          "What about you guys?" Soal Tengku Zeffron lagi.

          "Kalau nak senjata, kita boleh guna peralatan yang ada di stor sukan. Nanti kita semua pergi sana dan setiap seorang at least ambil satu benda. Emergency boleh guna. Kalau nak pisau, saya dah ambil lima belah pisau dekat kafe tadi."

         "Untuk apa ambil senjata? Memberatkan beg je!" Kata Cindy dengan gediknya itu.

         "In case dalam kecemasan, kita boleh guna. Lagipun kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Manalah tahu di sini ada orang jahat yang sekarang ini, tengah perhatikan kita semua?" Jawab Nik Farriel.

        "Fine!" Cindy memanjanhkan muncungnya.

        "Baiklah, semua dah ada! Tinggal hanya misteri ini sahaja. Malam ini kita berehat dahulu. Selepas makan dan solat isyak, saya nak kau orang semua tidur! Kalau nak pergi tandas, pergi awal-awal. Katakanlah tengah malam tiba-tiba sakit peruk ke apa, pastikan kau orang pergi tandas berdua. Lebih pun tak apa. Then, cepat-cepat balik. Jangan merayau ke tempat lain pula!" Arah Tengku Zeffron.

       "Baik!"

       "Aye aye captain, " kata Mia di sebelah Tengku Zeffron.

       "Good girl," balas Tengku Zeffron sambil tersenyum.

^-^-^-^-^

No comments: