Cahaya matahari pagi bersinar cerah melalui milik seorangan gadis. Memandangkan semalam hujan turun dengan lebat, suhu yang dingin pada waktu itu amat menyamankan. Bunyi burung - burung yang berkicauan yang terbang bebas di udara.
Zahra Almaira bersiap untuk ke kafenya. Blouse merah jambu polka dot putih dipadankan bersama skirt labuh berwarna putih. Rambutnya pula ditocang ala - ala gaya Permaisuri Elsa. Anting - anting kecil berbentuk strawberi tergantung di kedua belah telinganya. Solekan nipis menyerikan lagi mukanya yang putih mulus itu.
"Assalamualaikum, papa, mama. Good morning." Ucapnya sambil menuruni tangga menuju ke meja makan untuk bersarapan.
"Waalaikumussalam, Ara. Good morning." Balas Dato' Zahid dan Datin Mawar serentak.
"Ara, hujung minggu ini papa..."
"Wait! Mesti papa nak suruh Ara buat sesuatu kan?" Tekanya.
"Hisy! Dengar dulu. Hujung minggu ini ada Majlis Amal. Papa ada jemput anak - anak yatim dan beberapa klien kita. Tetamu VIP kita dari James Holding turut hadir."
"So? Papa nak Ara pergi majlis amal itulah?"
"Exactly!"
"Bawa sekali strawberry cupcake Ara itu. Dalam 500 ke 600." Tambah Zahrain. Dia tersengih. Tahu benar bahawa Zahra ini tak suka pergi ke tempat yang ramai orang. Almaklumlah kafe diakan tak ramai yang datang. Haha !
"No...!"
"Kalau tidak, papa tarik balik modal papa dekat kafe Ara." Dato' Zahid cuba mengugut.
"Okay, fine!" Kalau disebabkan syarat itu, memang tak mungkinlah dia bersetuju. Sudah beribu kali Dato' Zahid memujuknya untuk bekerja di bawah Zahid Corporation. Dia sahaja yang tidak mahu. Baginya kerja - kerja di pejabat ini memeningkan !
^-^-^-^-^
"Am, nanti jangan lupa ikut papa pergi meeting. Kita ada tetamu dari James Holding. Pastikan Am pikat hati mereka. Kalau dapat sponsor dari JH, kita akan untung besar. Dapatlah luaskan lagi business kita. Get it?"
"Papa cakap macam Am kena pikat anak dara orang tahu! Relax, ini Zahrain Amran. Semua pun boleh ! "
Dato' Zahid tersenyum. Anak sulungnya itu memang boleh diharap. Zahrain amatlah pakar bab tawar menawar, pikat - memikat ini. Tetapi, ada satu sahaja masalah anak lelakinya ini. Playboy !
"Pastikan off phone masa meeting nanti. Papa tak mahu 'aweks' kamu itu ganggu meeting !" Dato' Zahid memberi amaran.
"Haha okay, papa !"
^-^-^-^-^
Zahra tersenyum memandang kek cawan berperisa strawberi itu. My favourite! Zahra memusingkan badannya. Secara tidak sengaja, dia telah terlanggar seseorang. Kek cawan yang dipegangnya tadi telah terkena tuxedo lelaki tersebut. Habis tuxedo hitam milik lelaki itu dicemari dengan krim merah jambu !
"Hey!" Marahnya.
"I'm sorry, sir !" Zahra segera mendapatkan tisu dan mengelap krim di tuxedo lelaki itu.
"Hati - hatilah! Itulah! Jalan tak pakai mata. Ini tidak, semua nak langgar !" Tengkingnya.
Err... bukan jalan pakai kaki ke? Mahu sahaja Zahra menjawab sebegitu. Kalau bukan kerana sedar bahawa dia yang salah, memang 'sihat' lelaki itu dikerjakannya !
Huh! Muka saja handsome! Rambut blonde, mata biru. Mat salleh mana pulalah yang sesat dalam kafe aku ni? Kalau dia sesat, kenapa pula boleh cakap melayu ni?
"Maaf... saya tak sengaja! Maafkan saya!" Zahra menundukkan badannya berkali - kali. Dah macam pokok mahu tumbang dah gayanya! Eh... pokok nak tumbang macam ni ke? Pedulikan.
"Huh! Typical malay girl !" Sinis sekali mat salleh sesat ini berbicara.
Sabar Zahra. Keep calm and stay cool ! " Once again, I'm really sorry, sir !"
"Whatever, typical waiter!" Mat salleh sesat itu terus keluar dari kafenya.
Kurang asam boi punya laki! Tadi panggil typical Malay girl. Sekarang typical waiter pula? Mentang - mentang aku tengah pakai apron, sesedap strawberry cupcake sahaja kau cakap aku macam aku tu!
"Maaf, cik. Saya PA Encik Ryan Addyson. Jadi, saya mohon maaf di ata s kekasaran majikan saya. Terima kasih di atas strawberry cupcake itu. Sedap!" Wanita itu pun keluar dari kafenya juga.
Malang sungguh siapa yang dapat majikan macam liger itu. Ryan Addyson. Nama tak secantik perangai ! Hampeh punya lelaki! Blacklist terus dari buat suami. Tak sesuai dan tak layak langsung!
^-^-^-^-^
Ryan duduk melunjur sambil memetik gitar di atas katil. Dia teringat peristiwa yang terjadi di kafe tengah hari tadi. Argghh! Kenapa aku asyik teringatkan perempuan tu? Ryan memandang kotak berisi kek cawan strawberi yang dibeli oleh PAnya. Ini mesti dari waiter tu!
Ryan membuka kotak itu. Kecomelan kek cawan itu menarik perhatian Ryan itu mencubanya. Tetapi, egonya ditahan. Huh! Just because you, strawberry cupcake! Kalau tak, tak adanya aku jumpa waiter tu tadi!
Dia menutup kembali kotak tersebut dan bawa keluar untuk diberikan kepada bibiknya.
^-^-^-^-^
"Ryan, tunggulah!" Jerit Alvyna. Dia berjalan laju.
"Cepatlah, Vyn! Abang ada meeting lah lepas lunch nanti!"
Terhegeh - hegeh mengalahkan cacing tanah! Cacing pun pandailah nak cepat masuk tanah bila cuaca tengah terik macam ini.
"Kita nak pergi mana? Kenapa tak naik kereta? Vyn pakai heels, susah nak kejar Ryan. Jatuh nanti, Ryan juga yang susah!"
Perempuan. Susah sedikit mengeluh, menangis, meraung tak tentu pasal. Kakinya laju menuju k e kafe entah apa namanya. Tapi yang pasti, dia nak makan strawberry cupcake waiter itu.
Ryan membuka pintu kaca kafe itu. Dia terpandang satu susuk tubuh yang amat dia kenali. Dad? Siapa perempuan sebelah Dad tu?
"Dad? What are you doing here?" Soal Ryan. Berkerut seribu muka dia. Haih... dah pasang baru ke?
"Ryan!"
"Mummy?!" Jerit Alvyna. Wanita di sebelah Tan Sri James itu kelihatan agak risau.
"What? You r mum?!"
"I ca n exlpain." Tan Sri James cuba menenangkan mereka berdua.
^-^-^-^-^
"Arghhh...!"
"You! Again?!" Tengking Ryan.
"Liger!"
"What? Liger?"
"Sorry, miss. Are you alright?" Alvyna membantu perempuan yang Ryan langgar tadi.
Minah salleh mana pula ni? "Yeah... it's okay. Sorry again, sir." Apalah nasib aku. Asyik langgar orang saja. Orang sama pula tu.
"Kau tahu tak? Sebab SC ini, kita jumpa. Sebab SC ini, aku a syik teringatkan kau. Sebab SC ini, keluarga aku bersatu dan sebab SC ini jugaklah aku..."
"Wait! SC? What is that?" Zahra mengangkat sebelah keningnya.
"Ergh! Strawberry cupcake!" Bengang ayatnya dipotong. Baru nak feeling.
"Oh, okay. Go on."
"Because of your strawberry cupcake, I fall in love with someone!" Ryan memandang tepat ke dalam mata Zahra. Perempuan yang dia tidak kenali, tak tahu nama dan asal usul itulah yang berjaya mencuri hatinya.
"Really? Who? This girl?" Zahra memandang Alvyna.
"No, she is my s ister." Ya, adik kandung aku yang selama ini aku tak pernah tahu dan aku sama sekali tidak menyangka bahawa hari ini, aku dapat berjumpa dengan ibu kandung aku kembali. Thanks to God and of course, to strawberry cupcake also.
Mereka terpisah sudah lebih 20 tahun kerana ada perselisihan faham antara keluarga. Tetapi kini, mereka bersatu kembali !
"Then, who?"
"You. My typical waiter girl."
"I'm not a waiter!" Marah Zahra. Dia ni tak pandai nak bezakan antara pelayan dengan pegurus ke? Agak - agaklah. Mana ada waiter secomel aku!
"Then, who are you?"
"She is Zahra Almaira. The manager of Ara's Cafe. She is also my daughter." Sampuk Dato' Zahid yang baru muncul entah dari mana.
^-^-^-^-^
"Honey!" Panggil Ryan. Kalau Zahra ini sudah halal untuknya, dah dipeluk erat! Tak akan dilepaskan kepada lelaki lain.
Zahra berpaling. Kelihatan Ryan sedang melambai kearahnya. "Honey? Awak nak honey lebah ke atau honey dew?" Zahra berlawak.
"Ara..." Ryan memandang tajam.
"Haha! Don't be to serious!" Dengan gelak yang masih bersisa, Zahra berjalan menuju ke meja diikuti oleh Ryan.
Majlis amal telah dimulakan. Zahra memandang bosan ucapan demi ucapan dari beberapa orang dia tidak kenali. Bosannya! Zahra memandang Ryan. Ryan pun sama macam dia. Menongkat dagu di atas meja.
Kenakan dia, best juga! Tanduk di kepala Zahra sudah kelihatan. Zahra mengambil kek cawan di hadapannya dan mencuit sedikit krim dengan jarinya. Lalu, menyapunya di pipi Ryan.
Ryan terpinga-pinga. Zahra di sebelahnya sudah tergelak kecil. "Nakal ya?" Ryan mengambil cupcake di tangan Zahra lalu menyumbatnya ke mulut Zahra yang sedang tergelak itu.
"Ryan Addyson Bin Abdul James!" Dia mengambil tisu dan segera mengelap mulutnya.
"Ya, Zahra Almaira Binti Zahid?" Ryan berkata selamba. Ketawa besar mereka berdua.
"Ya, Zahra Almaira Binti Zahid?" Ryan berkata selamba. Ketawa besar mereka berdua.
Mereka tidak perasan bahawa sekarang semua mata memandang ke arah mereka. Kedua-dua ibu bapa mereka tersenyum.
Ryan dan Zahra terdiam sebelum tersengih. "Because of my strawberry cupcake, I fall in love with you too." Kata Zahra perlahan.
Mati terus gelak Ryan. Dia terpaku. Adakah benar? Dia tak bermimpi kan? Manalah tahu nightmare ke. Nightmare apa kalau hati tengah berbunga-bunga sekarang ini!
"Mr. Liger dah mengamuk!" Jerit Zahra. Dia sudah berlari menjauhi Ryan. Marah betul dia bila aku beri serangan balas!
Semua di situ hanya mengeleng kepala melihat telatah mereka berdua.
Cinta itu dalam. Melebihi kedalaman lautan. Kita harus menyelaminya untuk melihat kecantikan itu.
The end

No comments:
Post a Comment