Bab 5
Imbas kembali...
Hari ketiga perkhemahan berjalan dengan lancar. Sungguh meriah dengan gelak ketawa para peserta yang seramai 40 orang itu. Pelakon tanah air yang dijemput untuk menyertai perkhemahan itu turut menghiburkan para peserta.
Siapa sangka? Rupanya pelakon yang bernama Miyyo Naziff itu rupa-rupanya anak kepada Professor Romeo. Diam-diam ubi berisi. Diam-diam besi berkarat. Sesuaikah peribahasa ini? Siapa kisah? Hahaha...
"Sekarang merupakan aktiviti bebas untuk kamu semua. Jadi, buatlah apa yang kamu mahu." Kata Professor Romeo.
Tepukan dan sorakkan bergema di seluruh dewan. Pastinya inilah saat yang paling dinantikan oleh semua orang. Mahu buat apa pun tidak mengapa. Tidur? Borak? Makan? Buatlah. Asalkan jangan terjun bangunan sudahlah! Bebas tidak boleh bermakna boleh ambil kesempatan.
"So?" Tengku Zeffron memandang kedua sahabatnya.
"Mia tak kisah."
"Hmm... Aku mahu kau menyanyi." Danisya mencapai gitar kali dihulurkan kepada Tengku Zeffron.
"Boleh! Lagu apa?" Dia mengambil gitar yang dihulurkan.
Danisya dan Mia saling berpandangan sebelum sama-sama tersenyum penuh makna. Danisya memberi isyarat jari. 1,2,3!
"I don't know about you, but I'm feeling twenty two!" Mereka berdua menyayi serentak.
Seseorang sedang memerhatikan mereka dengan senyuman penuh makna. Dia memberikan isyarat kepada seorang pembantu dia yang sudah bersiap sedia untuk mematikan kabel elektrik. Semua lampu di seluruh kolej itu terpadam! Para pelajar mula berteriak dan menjerit bagaikan histeria.
"Apa yang sudah terjadi?" Soal Mia. Dahinya berkerut seribu.
"Bekalan elektrik terputus!" Jawab Danisya.
"Kita cari Prof. Romeo dengan Dr. Munirah sekarang." Tengku Zeffron lebih bersikap tenang.
Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke arah pejabat. Sesampai sahaja mereka di sana, tidak kelihatan pun walau seorang di dalam.
"Sekarang apa?"
"Kita balik dewan dahulu."
Mia memegang baju Tengku Zeffron di belakang. Danisya pula memegang tangan Mia. Keadaan kolej mereka sekarang amatlah gelap. Cahaya bulan pun tidak mampu untuk menerangi. Sudahlah gelap, jauh ke dalam hutan pula itu! Tambah-tambah lagi kolej mereka ini 'keras'.
"Arghhhh!!!" Seorang pelajar perempuan menjerit seperti dalam keadaan ketakutan.
Tiga sahabat itu berjalan pantas menuju ke dewan mahu melihat apa yang berlaku. Tengku Zeffron pantas bertanya.
"Kenapa?"
"Hijab Fifi terbuka!"
Fifi kelihatan amat ketakutan. Dia meracau-racau. "Pergi! Pergi ! Jangan kacau aku!"
Mia mendekati Fifi. Dia memeluk Fifi untuk menenangkannya. Semua di situ sudah maklum bahawa Fifi tidak boleh berada dalam keadaan gelap. Jika tidak, hijab dia akan terbuka!
"Fifi, tenang. Ikut Mia baca ayat Kursi sama-sama ya?" Mia memulakan bacaan ayat Kursi tersebut diikuti oleh Fifi dan beberapa orang pelajar lain. Akhirnya, Fifi terlelap di bahu Mia.
"Apa harus kita buat sekarang?" Soal Zack.
"Prof. Romeo dan Dr. Munirah hilang entah ke mana! Miyyo pun sama!" Kata Tengku Zeffron.
"Malam ini, terlalu bahaya. Jadi, esok pagi baru kita pergi periksa kabel. Aku rasa ada orang yang sengaja matikan." Nik Farriel mula bersuara.
"Setuju! Jadi malam ini, kita terpaksa tidur di sini. Lelaki sebelah kanan, perempuan sebelah kiri. Barang-barang semua leteak di at as pentas."
"What? Tidur sekali dengan lelaki?! No way!" Protes Cindy.
"Cik Solehah, Awak pilih mahu tidur di luar atau di dewan? Kalau di dewan, lelaki dengan perempuan bukannya tidur sekali! Asing-asing. Lagipun dewan ini luas! Kita semua baru 40 orang. Lebih pada luas, Cik Solehah."
"Gila apa tidur sekali? Mahu budak lelaki makan kapak dari aku? Tidak perlu bayar, percuma sahaja ! "
Semua di situ tersenyum kegelian hati. Cindy sahaja yang muncung mulut mengalahkan itik!

No comments:
Post a Comment