Cakap-Cakap SN


"Nothing is imposssible. Anything can happen as long as we believe.

Every successful person must have a failure. Do not be afraid to fail because failure is a part of success.

Never give up, fix mistakes and keep stepping."

Wednesday, October 22, 2014

Death College (Prolog)


Prolog

Semua pelajar Kolej Diraja Tengku Muhammad Zaki berkumpul di dewan yang diberi nama dewan Sri Angsana. Pengetua kolej merangkap pemilik kolej, Prof. Dr.Hajah Tengku Zainab berdiri naik ke atas pentas.

         "Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar semua." Tengku Zainab memulakan bicaranya. Salamnya dijawab oleh para pelajarnya.

        "Saya ingin memaklumkan bahawa kolej kita tidak lama lagi akan menyambut ulang tahun kali ke-100 sejak sekolah ini dibuka. Jadi, pihak kami telah berbincang untuk mengadakan satu perkhemahan selama seminggu minggu hadapan." Para pelajar mula bersorak dan bertepuk tangan. Nampaknya, idea bernas oleh Tengku Zainab itu mendapat sambutan hangat.

       "Bertenang semua! Saya tahu para pelajar semua excited tentang perkhemahan itu. Tapi kem ini bukan sebarang kem. Ada agendanya tersendiri. Keterangan lanjut akan diberitahu oleh Prof. Romeo. Silakan, Prof."

       "Terima kasih, Professor Doktor Hajah Tengku Zainab. Assalamualaikum, selamat sejahtera pelajar semua. Seperti yang telah dimaklumkan oleh beliau, kita ada mengadakan satu perkhemahan pada minggu hadapan. Kem ini tidak wajib. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang dari Dr. Munira. Kami telah mengatur beberapa aktiviti yang menarik sepanjang kem tersebut seperti cabaran keberanian, treasure hunt, barbecue, fashion show,  aktiviti bercerita di hadapan unggun api dan bermacam lagi! Saya jamin, pelajar semua pasti tidak akan berasa bosan sepanjang kem ini berlangsung, " Prof. Romeo menarik nafas seketika.

       "Ermm... Prof. , maaf menyampuk. Saya nak tanya satu soalan. Cabaran keberanian itu macam apa ya?" Tanya seorang pelajar siswa.

       "Cabaran keberanian itu, mahu tengok sama ada kamu semua ini penakut atau tidak. Oh ya! Saya juga telah menjemput seorang pelakon tanah air untuk bersama sama kita di perkhemahan nanti."

      "Wow!!! Siapa Prof.?"

      "Secret."

      "Alaa..."

       Para pelajar mula berbisik sesama mereka. Riuh rendah dewan tersebut. Pastinya timbul 1001 tanda soal di fikiran mereka.

      "Zeffron, kau kan cucu Nenda Zainab. Kau mesti tahu bukan?" Tanya Danisya. Dia menyiku lengan Tengku Zefron.

      "Entah aku pun tak tahu. Nenda tak cakap apa apa pun." Dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

       "Hisy kau ni! Tidak boleh diharap langsung!" Marah Danisya.

       "Bukan salah aku pun. Aku memang tak tahu apa apalah!" Balas Tengku Zeffron.

       "Mia...kenapa senyap sahaja?" Soal Tenguk Zeffron.

       "Agaknya, apa agenda tersendiri kem ini ya?" Mia memandang kawan baiknya sejak kecil itu.

       "Mia! Orang sibuk cakap pasal artis misteri tu, kau cakap pasal agenda pula!" Danisya mencubit pipi Mia. Akibatnya, Mia mengadu kesakitan.

       "Sakitlah Sya! Artist itu tidak penting pun.Yang penting sekarang ini, apa agenda yang dikatakan oleh Nenda tadi." Mia menggosok pipinya. Sakit betul sepit ketam dari Danisya!

       "Kau ni memang..."

       "Comel? Tahu dah." Balas Mia selamba.

       "Kau ni memang comel! !" Danisya menjelir lidah. Terburai tawa dari Tengku Zeffron. Boleh dia samakan kecomelan Mia dengan monyet di hutan? Sya...Sya...

       "Danisya!" Gelak tawa mereka terhenti apabila mendengar suara Prof. Romeo.

       "Baiklah pelajar sekalian, bertenang. Kalau mahu tahu siapa orang itu, sertailah kem tersebut. Ya, lupa nak beritahu. Kem ini diadakan di kolej ini. Jadi, senarai barang-barang yang perlu dibawa boleh minta daripada Dr. Munirah juga."

No comments: