"Hmm... sekarang ini macam mana? Apa yang kita nak buat?" Tanya Mia dengan suara yang sayu. Ini merupakan pengalaman pertama Mia tersekat dalam situasi begini. Bukan Mia sahaja, malah bagi semua ahli peserta perkhemahan itu!
"Kita kena cepat-cepat selesai misteri ini and then barulah kita boleh keluar," kata Zack.
"But how? Satu petunjuk pun kita tak jumpa lagi!" Marah Solehah. Dia menjeling ke atas. Menyesal aku sertai kem ini! Kalau bukan kerana Tengku Zeffron, memang tak akannya aku sertai kem ini!
"Betul kata Cindy! Apa yang sebenarnya Prof. Zaina mahu kita selesai di tempat macam ini? Tak tahanlah I mahu berlama-lama dekat tempat kotor ini!" Sally a.k.a Salleh menyebelah kepada Cindy, nama samaran Solehah. Sama gedik, sama diva! Tak padan dengan lelaki pula Salleh itu!
"That's why we all must corporate each others! Tak boleh harapkan seorang sahaja yang cari jalan penyelesaian. We must try to found out way to get out from this place! " Semua mata tertumpu kepada empunya suara, Nik Farriel. Wow! Si nerd dah bersuara!
"That's why we all must corporate each others! Tak boleh harapkan seorang sahaja yang cari jalan penyelesaian. We must try to found out way to get out from this place! " Semua mata tertumpu kepada empunya suara, Nik Farriel. Wow! Si nerd dah bersuara!
"Ermm macam broken english je..., " usik Danisya. Dia tersengih.
"Sya! Tak baik tau..., " Mia menegur Danisya dengan suara lembutnya itu.
"Kita kena bertindak pantas. Langkah pertama ialah kita kena lantik seorang ketua dalam kalangan kita. Orang itu mestilah ada ciri-ciri seorang ketua seperti bertanggungjawab, berani dan bijak mengadili. Now, any suggestion?" Soal Mia. Dia memandang ke arah semua sahabat -sahabatnya itu. Hampir 40 orang peserta perkhemahan kesemuanya.
"Aku nak Zeff jadi ketua," cadang Danisya.
"Aku?" Punyalah ramai lelaki dekat sini aku juga yang kena?
"Okey.. Tengku Zeffron. Ada cadangan lain?"
"Zack." Sebut salah seorang perserta di situ.
"Iman Zakaria. Ada lagi?"
"Aku cadangkan Mia Ayuna." Kini semua mata tertumpu kepada Zack.
"What? Tak ada dalam undang-undang mengatakan perempuan tidak boleh menjadi ketua pun," terang Zack selamba. Matanya hanya memandang keputusan dari Mia sahaja.
"Me?Tak layak. Saya tak pandai mengadili." Mia menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu sebelum meneruskan proses pilihan raya kecil itu.
"Kita mulakan dengan Tengku Zeffron. Seorang undi sekali sahaja. Siapa undi dia?" Mia mengira jumlah keseluruhan.
"Iman Zakaria?"
"Okey baiklah.. keputusan di tangan saya. Jadi, ketuanya ialah.. I'm sorry Zeff say congrats to yourself! Yeay!! "
^-^-^-^-^
"Dengar sini semua! Saya akan bahagikan kau orang semua kepada beberapa kumpulan. Mimi, Nisya, Putri, Aqilah, Fifi, Hafiz, Amir, Aiman, Megat dan Danish, satu kumpulan. Kau berlima dekat sana, Naziha, Liyana, Dania, Loqman dan Hakeem satu group. Satu, dua, tiga,empat,lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh, satu group. Kau orang bertiga dan yang lain group dengan saya." Tengku Zeffron bercekak pinggang.
"Amir, kau ketua dalam group kau. Aku nak kau orang semua cari makanan sekitar kolej. Kau pula Hakeem bawa ahli group kau, cari alat yang dapat berkomunikasi dan berhubung dengan baik. Kau orang pula cari tempat perlindungan yang selamat. Group saya pula akan cuba cari petunjuk misteri ini. Berkumpul di sini sebelum 6:30 petang. Bergerak sekarang! "Tengku Zefron memberi arahan.
"Wei, Zeff.. kenapa masukkan si Cindy itu dalam group kita?Dia itu boleh diharap ke?" Danisya cuba memprotes. Tak puas hati. Cindy itu nanti hanya akan menimbulkan masalah bukannya menyelesaikan masalah.
"Dan kenapa pula kau nak satu group dengan si Zack itu? Kau orang entahlah macam kucing dengan anjing. Pantang bertemu, meletus perang dunia ketiga !" Protes Nik Farriel pula.
Mia hanya diam mengikut langkah Tengku Zeffron. Pergi mana pun dia tidak pasti. Abang... kalaulah abang ada sekarang, tentu abang akan tenangkan Mia sekarang ini. Mia tak sukalah dengan sikap dingin Zeff yang tiba-tiba ini. Nasib baik Sya ada abang..
"Aku tahu apa yang aku buat. Ikut aje apa yang aku cakap." Tegas Tengku Zeffron.
Mia mengeluh. Dia cuba memikirkan apa yang sebenarnya Nenda Zaina mahu dia dan yang lain buat. Makin lama Mia makin ketinggalan jauh di belakang ahli kumpulannya.
"Kita masuk dalam pejabat ini dulu. Mana tahu ada petunjuk. " kata Tengku Zeffron. Ahlinya hanya mengganguk tanda setuju.
"Wait! Mana Mia?!" Tanya Danisya tiba -tiba.
Semua orang di situ memandang ke arah satu sama lain. Tidak perasan langsung bahawa Mia tidak bersama mereka.
"Zeff! Macam mana kau boleh tak perasan Mia tak ada? Tak bertanggungjawab langsung!" Marah Zack. Dia sudah meninggalkan ahli kumpulannya untuk mencari Mia.
"Menyusahkan betullah si Mia ni ! " marah Tengku Zeffron pula.
Pang!!!
Tengku Zeffron terpana. Semua disitu terdiam. Danisya memandang tajam ke arah Tengku Zeffron yang baru ditamparnya tadi.
"Kau kata Mia menyusahkan? Kau tu yang tak bertanggungjawab! Kalau kau tak nak jadi ketua, cakap sahajalah! Kami boleh pilih orang lain! Kau dengar sini Zeff, kalau apa-apa terjadi dekat Mia, aku tak akan maafkan kau! " Danisya pun segera mengejar langkah Zack dengan deraian air mata. Di dalam kepalanya hanya memikirkan Mia seorang!
^-^-^-^-^
"Dia orang semua dekat mana? Macam manalah aku boleh berangan tadi? Teruk betul aku ni! " Mia memarahi dirinya sendiri. Dia mengetuk -ngetuk kepalanya.
"Aduh! Sakitnya! " Rupanya-rupanya di terlanggar bucu kabinet di hadapan itu. Mia merasa ada cecair yang mengalir di dahinya. Darah!
"Aduh... macam mana aku tak perasan ada kabinet setinngi aku dekat sini? Sakitnya.. Zeff, Sya tolong Mia. Abang... Mia sakit ini...,"air mata Mia berjujuran menahan sakit di kepala. Kepalanya terasa berpusing pusing.
"Mia... jangan pengsan! Tunggu sampai kau jumpa dia orang baru boleh pengsan!" Mia memberi kata semangat kepada dirinya. Dia menguatkan kakinya untuk terus melangkah.
"Mia....!! "
Suara itu! Desis Mia. Aku kenal suara itu. Itu Danisya dan...
"Mia....!!! "
Zack?
"Sya...! Kat sini! " jerit Mia sebelum dia rebah dan tak sedarkan dirikan.
"Ya Allah...Mia! " Danisya segera mendapatkan Mia. Zack pula segera mendukung Mia.

